Lepas tu wawa dah msg suro naek cinema. Dia beria ia nak tengok lagenda budak setan. Hmm ok lah. Jadi aku pula sedih, sebab tak sempat shopping. tapi time tu awal lagi, movie lagi 20 minit. Aku pun berjalan dengan laju untuk ke Cotton On. Dalam on the way tu singgah Diva, oh menyesal betul singgah. Sebab belek cincin lame sgt padahal tak jadi beli. Pastu berkejar ke Cotton On, memilih barang dengan kadar pantas. Dan membeli satu kasut, satu sweater dan satu beg di situ. Pastu afiq sudah tegur, jom jom. sudah2 jom g cinema. Saye pun mendengar kata dan pergi cinema. Sampai sana wawa dah gelak2 apsal lambattt. haha. Sengih kambing saja lah. Then kan, dalam movie. Ya Allah, cerita ni bodo la. Mengundang kutukan dan cacian. Dissapointed la. Director yang tak mementingkan kualiti penceritaan langsung. Sibuk nak ikut semua details, padahal details tu tak membantu penceritaan pun. Aku pun duk pelik2, apsal terus Uni ni. Pastu, alah. Takkan baru nampak Ayu tercekik dan jatuhcintan cintun. Sampai budak setan jatuh cinta terus jadi baik. Tak logik betul, bukannya muka Ayu tu cantik bagai bidadari kayangan langit ke 7 pun sampai tengok pun setan anak iblis terus jadi jejaka idaman malaya. Buat la panjang skit tempoh dia nak jadi baik tu. RUSHING GILA. serious. Tak best lah. Merugikan karya novel yang baik, semua lah macam tu. Jangan cakap org melayu je ke apa, cerita oversea yang twilight and percy jackson pun sama. Tak reti tuka novel yg best jadi movie yang hit. Rugi rugi. Lord of The Rings je gempak, tak payah bace novel la, tgk movie pun da tau gempak gila director and author die punye imagination untuk buat plot cerita jadi best. Dalam movie tu, wawa punya bf kat seblah duk mengutuk je haha. Kelakar la, cerita sedih jadi cerita komedi. Dan kutukan tu berlanjutan sampai ke luar movie, sampai ke parking, sampai ke kedai mamak Nz depan klcc. Kami makan dinner at situ memandangkan kedai2 makan di Pavi semua dah tutup. Yang bukak dan halal hanyalah Starbucks yang kalau makan confirm tak kenyang, and tinggal kedai2 makan yang ada bar, bodoh punya Pavi, letak banyak restaurants with bar. Tempat tu jadi tempat maksiat, tempat orang Islam buat dosa. Habislah. Tempat tu semua takda tanda halal, macam mana lah nak makan. So afiq suggest ke Nz Klcc tu lah. Kami lepak sambil berborak, catching up on things. Wawa punya bf siap bukak forum bola dengan afiq. Oh tak larat saye nak mengfahamkan apa dorang bincang. Biarkan sajaa, nik tak join sebab dia blur bola kot? haha, jadi dia join berborak dgn para perempuan. Saye, wawa, dan adik wawa yang ikut jugak. Lepas tu, around 12 something. Kami pun say bye bye. Hugged wawa and her sister. Kereta yang mereka naiki ke arah keramat untuk hantar Nik, tapi kereta afiq yang saya tumpangi ke arah Putrajaya untuk menghantar saye.
Itulah saja coretan hari ini. (ni semua salah skrip writer LBS yang bodo lagi skema sampai aku terikut) Tulis skrip betul2 lah bodoh! (maafkan bahasa saye, saye hanya menganjing skrip LBS yang juga memasukkan perkataan bodoh "aku sayang kau la bodoh", ayat ini disebut oleh Q Haidar. Oh lupa lupa, Q haidar je la berlakon best, walaupun watak dia macam kecoh sikit. Tapi memang sesuai la. Sampai menusuk jiwa raga la bak katanya, lakonan dia menjadi. Fazura pun jadi, real la, and rambut dia cantik. Saye tatau nape, tapi farid kamil ngan lisa surihani ngan minah amelia tu, berlakon cam tak best la. Tak sampai perasaan "awwww sweetnya dorang!" bila tgk lakonan dorg. Rase nak cakap, wey bapak sengal..aduh ape ni. dan kutukan yang melampau untuk adegan2 seterusnya yang dorang lakonkan. haish, budak sekarang mana ada cakap skema, klau ye pun takya la ikut buku bulat2. Ah sudah lah. biarkan saja. Namun ape2 pun, saye tetap suka cerita yang dihasilkan oleh Afdlin Shauki. Dialah pengarah terbaik di Mesia bagi saye. Betul ak? Cite dia semua masuk otak sampai teringat je lepas tengok. Sepi, Papadom, Baik punya cilok, Cuci, dan semualah. Kelakar, tapi mesejnya sampai. Bagus afdlin! Kita berharap je lah semoga pengarah2 tak berapa pandai ni ikut jejak kamu itu.









2 comments:
Afdlin Shauki. Last time ade Yasmin Ahmad, okay jugak.
tu lah. tapi sudah tada wo. suruh hantu die jd director cte ni mesty best.
Post a Comment